Kehidupan peribadi Greyston Holt

Greyston Stefancsik dilahirkan di Calgary, Alberta. Dia dibesarkan oleh ibu bapanya, Mike dan Nancy, di Pulau Salt Spring, British Columbia. Datuk dan neneknya, Mike dan Edith Stefancsik berhijrah dari Hungary pada tahun 1957 ke Lethbridge.[3] Nenek sebelah ibu Greyston, Anna Horvath juga berhijrah dari Hungary bersama ibu bapanya pada tahun 1927.

Semasa tahun sekolah menengahnya, dia belajar bermain gitar selepas itu dia membentuk sebuah band dan bermain di pelbagai tempat. Dia juga mengambil kelas lakonan untuk "kredit tambahan" dan jatuh cinta dengan cara ekspresi baru.[4]